Alhamdulillah Bersyukur kehadrat ILAHI kerana memberi peluang untuk menikmati kehidupan pada tahun 2015 . Masih didalam dilema "aku dah habis SPM ?" , " aku dah tak pakai baju biru, tudung biru, kain hitam , baju putih, tudung putih dan kain biru....." , "aku dah hampir melangkau ke umur 18 tahun " . " aku dah tak boleh tidur dekat musolla AR-RAHMAH, tak QIAM dengan kawan2, makan bersama, lapar bersama, kenyang bersama" , "tak dapat study dekat meja musolla! " . "Dah tak dapat Solat berjemaah dkt musolla Ar-rahmah, baca al-quran bersama, baca mathurat bersama" , "dah tak boleh main dkt padang SMADIANS ! " . dengan siapa nanti nak merajuk, nak mengadu , Ya allah . Pilu saat kenang kembali masa2 ana bersama sahabat .
Tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan . DULU2 ana tak mengerti pepatah itu. ana fikir mungkin berpisah asbab mati . Sekarang , ana sudah memahami bhw pepatah itu bukan sekadar tuju kepada perpisahan asbab kematian tetapi setiap pertemuan tidak kira situasi . Ada perit .
.
.
Bila ana renung kembali , benarlah kata Allah , hanya DIA sahaja yang setia kepada hambanya tetapi hambanya sebaliknya . moga ana tidak sebegitu amin ..... DIA yang tidak pernah berpisah dengan kita walau sesaat , DIA tidak pernah jauh daripada kita bhwsanya hambanya yang menjauhkan diri dari NYA . Allahuakhbar . Ya allah , ampunilah kesilapan hamba-mu .
.
.
Allah mencipta manusia itu untuk saling melengkapi , menyayangi , menemani . menasihati . Jadi kita patut bersyukur dikurniakan keluarga yang sayangkan kita , guru2 yang prihatikan kita , dan sahabar-sahabat yang selalu ada ketika kita memerlukan . Adakalanya kita tidak sedar bahawasanya segala nasihat , kasih sayang yang diberikan oleh seseorang itu kepada kita adalah datangnya dari ALLAH SWT . Mungkin kita tidak sedar ? bukan . ana juga begitu , tetapi bila merenung kembali ya allah dia mengirimkan nasihat melalui seseorang buat hambanya . Sayangnya DIA kepada kita , perihatin-NYA kepada kita . lebih dari manusia2 dimuka bumi ini .
.
.
p/s buat sahabat2 smadians
Ana mutaasif . untuk selama 5 tahun perkenalan kita . Ana sedang memperbaiki diri , sedang mencari identiti sebenar jadi maafkan kesilapan ana . Lafaz rindu ana tidak terluah . doa ana buat antunna sekalian insha allah sentiasa mengirigi . Moga terbaik buat antunna sekalian . Allahumma Amiin .
Jazakillahu khairan kathira .